salam pada semua...hari ni hari kedua saya nak tulis blog....kena tunggu sampai malam baru boleh tulis, siang tak sempat la....tapi time malam-malam macam nie, brodband maxis ni pulak lembap sikit...ehh, lembap banyak la lagi sesuai...pastu sambil-sambil tu lak, komputer 'henk'...stop semua program...tekan kibod pun tak jadi apa, tambah tak tekan, kompen tak jadi apa...mula-mula cadang nak upgrade desktop yang boleh tekan-tekan kat screen tu...perghh, canggih gua cakap lu...hihi...kagum kaget dibuatnya...1stime nampak komputer macam tu masa pi ke house of notebooks...wallpaper gambar kolam, pastu ada ikan lak boleh gerak-gerak...tapi yang paling sempoi tu, boleh 'touch' pulak ikan-ikan tu....pastu nak tragis lagi, ikan-ikan tu boleh react boleh dengan jari kita tu..ish,ish, kagum betul dengan kuasa Tuhan yang mencipta manusia yang bijak cerdik mencipta bahan-bahan macam nie....komputer yang saya tengok tu jenis hp, tapi lanie dah banyak dah jenama-jenama komputer lain yang dah berjaya berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan jenama hp....cerita bab canggih memang best, tapi bab harga, kalau nak diumpamakan, berdiri rasa-rasa macam rasa rendah je..(tak mampu le tu).ihiks,
Ok, tukar citer lain, pagi nie g breakfast kat kedai roti canai Argyll road...dekat-dekat off penang road. selesai makan kat situ balik ke ofis...ofis macam keadaan minggu lalu...berabuk dek habuk yang disengajakan oleh tukang elektrik yang bekerja untuk mengupgrade dari single phase ke three phase....bukan niat nak buat tapi terpaksa pasal kat ofis tu dah ada dekat 8 unit split aircond...kalau on semua, gerenti orang TNB nanti mai n kasi seberapa kata dua patah yang amat menginsafkan.....sehingga ke hari nie, masih belum siap lagi kerja-kerja naik taraf nie..
Jadi bagi mengelakkan kejadian fius terbakar buat kali ketiga, ofis di tingkat bawah dihidupkan semula. Kerja-kerja gotong royong dibantu oleh dua pekerja diimpot dari luar Malaysia (warganegara Bangladesh) telah dikerahkan..dan akhirnya telah siap dibersihkan...minggu depan, posting la beberapa pekerja ke tingkat bawah...haha...
Di samping kesibukan tu, sampai tak perasan yang isteriku isma telah jatuh sakit...ush, macam serius je...emm serius le jugak, sebab mengikut telitian, sakit paling popular, sakit gastrik.....dengan tidak semena-mena(macam ayat komik je) dua sachet gaviscon telah diberikan..masa dalam kereta masa nak balik, isma muntah...nampak dah kurang sikit, sebab angin dah keluar...pastu, bagi lagi ubat emm, nama ubat tu tak berapa nak ingat tapi ending word dia ada 'con-con; jugak la...decepticon kot...ihiks....
dalam jam 10.00 malam, nampak gayanya dah ok kot...layan aduan rakyat kat TV3...ada citer berkenaan sampah-sampah tak kutip...nasib baik tak terlibat secara langsung mahupun tidak langsung...
oklah...akhir kata dari saya...last but not least...sambung esok la...cita lain pulak....cau sin si...wasalam
Wednesday, April 14, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment