Tuesday, April 13, 2010

orang dah panas enjin, saya baru nak start...

OK....nama saya mohd firdaus merican... ni 1st time saya nak tulis blog (guna saya baru sopan sikit, nak guna i, you segan la pulak, nak guna gua, lu, x berapa nak sopan la)....sebenarnya tak tau nak tulis apa, tapi kena tulis la jugak, baru best, baru ada cerita dalam blog nie. saya sebenarnya x dakla pandai sangat nak menulis/mengarang. dulu masa belajar kat UTM pun x suka sangat subjek yang ada unsur-unsur membaca..bila start nak membaca tu, mulalah mata pun dah kuyu...tak sampai pun 10 minit(tu pun kira lama la jugak), mesti gelap je(tertido la tu)..sedar-sedar dah 2 jam lalu...haha...tapi bab kira mengira ka, memang peveret la. ok la, balik pada cerita dalam blog nie.., so apa yang cerita nie sebenarnya nak menunjukkan yang ayat atau perkataan atau gremer, pronounce yang saya gunakan emmm biasa-biasa la..janji orang paham, buat apa kalau tulis bukan main berbunga-bunga, berpuisi bagai tapi haram orang biasa nak paham. Kalau sasterawan negara tu x tau la saya...depa paham la kot...kalau nak paham sampai nak masuk kelas puisi, nak beli dictinory elektronic kat kedai brand Popular saya rasa tak payah la kot....tak bawak kemana pun...(ihiks)
hari ni hari selasa (tanggal 31...bulan 8...57) bukan-bukan, tanggal 13 April 2010 maka dengan rasminya saya nak menggelarkan diri saya sendiri sebagai blogger..haha...pas ni boleh la join blogger-blogger yang berada dalam pasaran sekarang...orang berblog, saya pun berblog la..x salah kan...kalau orang terjun bangunan, saya tak terjun la. saya nasihat je la kat dia jangan terjun (macam dalam berita masa ahli bomba nak selamatkan penerjun tak rasmi-negotiator)...tapi kalau nak terjun gak, tak payah la nak sediakan tilam ke jaring or jala ka...biar kan je...mungkin dia dah cukup beramal kot sampai sanggup buat macam tu...ilmu di dada tu dah penuh sampai tak cukup dah tampung...hehe...
selama nie, saya bersikap pasif dalam berblog nie, cuma kekadang tu selalu la bukak blog-blog kawan atau blog kawan yang kawan dengan kawan yang buat blog ni, blog-blog yang tak minat dengan kerajaan mahupun blog-blog yang sayangkan kerajaan...tapi semua tu sekadar bacaan pengetahuan je la. tak mau masuk campur sangat...tapi seronok juga sebab kita dapat tahu hal-hal yang berlaku kat luar tu (walaupun duduk kat depan komputer je)...kalau sembang dengan sesaper, xda la sampai tak tau apa, sekurang-kurangnya dapatla celah-mencelah macam naik motor kat jalan tu.hehe..
sebelum mengakhiri cerpen ini, saya nak bagi kredit serba banyak kat Nurzairul Isma (isteriku) yang banyak push suruh saya tulis blog (kata dia x da idea nak tulis), Harris Ramli, Mastura (isteri Harris ramli)-selalu gak saya bukak blog ni....thanks 2 all...blog chedet(dah tau kot milik sapa blog ni), hanis zulaikha(x kenal pun dia ni...tapi sepupu kata budak ni memang taiko blog la sampai puluh-puluh ribu orang ikut dia(follower)....anyway..good job and good hope, good day, good luck.
emm...rasanya cukup la bab pendahuluan nie, nanti kita sambung dalam bab metodologi la pulak (macam buat tesis pulak rasanya). nak pi mandi dulu...cau sin ci...wassalam

1 comment:

  1. pergh, pengakuan berani mati tu yeop! ahahahhaha

    ReplyDelete